Tuesday 21 March 2017

Alat Muzik Tradisional Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur yang terletak di Semenanjung Malaysia merupakan negeri terbesar dari segi keluasannya. Pahang bukan sahaja terkenal dengan kekayaan khazanah ala semula jadinya, malah turut terdapat kepelbagaian adat resam dan budaya. Perkara ini jelas kelihatan menerusi khazanah kesenian tradisional Pahang yang begitu mengasyikkan. Antara jenis persembahan tradisional yang tergolong dalam kumpulan kesenian Pahang adalah seperti Gendang Pahang. Gendang Pahang merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. 

Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan diakhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain. Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam cabang kesenian ini.

Image result for gendang pahang

Image result for gendang pahang
Gendang Pahang

Makanan Tradisi Pahang

Setiap negeri di Malaysia pasti mempunyai makanan tradisi tersendiri begitu juga dengan Pahang. Pahang juga mempunyai makanan tradisi tersendiri Antaranya,


Image result for gulai asam rom ikan kenerak
Gulai Asam Rom Ikan Kenerak (masakan ini boleh menggunakan sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang) 


Sambal Rom Getah/Rom Buah Perah dicampur Pucuk Betik


Image result for gulai lemak kulat sisir
Gulai Lemak Kulat Sisir


Image result for sambal tempoyak jering semai
Sambal Tempoyak Jering Semai


Image result for gulai lemak pede
Gulai Lemak Pede / Budu

Taman Tema Popular di Neger Pahang

Pahang merupakan negeri yang sangat membangun dengan adanya tempat tempat menarik terdapat di dalam negeri tersebut. Tahukah anda bahawa Pahang juga mempunyai taman tema hiburan keluarga yang menarik dan sering disebut-sebut oleh masyarakat?

Bukit Gambang Resort City

Lokasi Bukit Gambang terletak kira-kira 40 minit dari bandar Kuantan dan resort. Di sini, ditempatkan beberapa tarikan untuk pengunjung seperti taman tema air, zoo mini, night safari dan ATV di dalam hutan. Sejak awal kewujudan resort dan Gambang Water Park ini, destinasi pelancongan ini menjadi buah bicara masyarakat setempat.

Image result for bukit gambang resort city
Bukit Gambang Resort City


Genting Highland

Tempat ini terkenal dengan taman tema kering dan basah yang besar dan menawarkan berjenis-jenis permainan yang semestinya membuatkan jantung berdegup laju. Sama ada untuk orang dewasa mahupun kana-kanak, semua jenis permainan yang disediakan adalah sesuai untuk peringkat umur masing-masing.

Image result for genting highland entrance
Genting Highland


Kuantan Mini Zoo

Mini Zoo ini terletak di Taman Teruntum dan hanya beberapa minit sahaja dari bandar Kuantan. Mini Zoo ini menempatkan beberapa haiwan terpelihara seperti burung unta, kura-kura gergasi, kancil, burung merak, buaya dan sebagainya. Zoo ini menarik kerana zoo ini merupakan satu satunya zoo yang tidak memerlukan wang untuk diakses. Ianya percuma bagi semua peringkat umur.

Image result for kuantan mini zoo
Kuantan Mini Zoo

Alam Semula Jadi yang Menjadi Tarikan di Pahang

Negeri Pahang merupakan negeri yang kaya dengan alam semula jadi. Lokasi alam semula jadi disini juga terdapat beberapa lokasi alam semula jadi yang sering di kunjungi.

Taman Negara
Taman Negara ini merupakan tempat yang popular bagi mereka yang inginkan aktiviti hutan yang mencabar dan juga suasana hutan yang masih kekal keasliannya. Chalet dan penginapan terdapat di sekitar kawasan ini menawarkan aktiviti menarik seperti jungle treking, rapid shooting, santuari kelah, teroka gua, melawat perkampungan orang asli, canopy walk dan sebagainya. 

Image result for taman negara pahang
Taman Negara

Bukit Fraser
Bukit Fraser ini diberikan nama jolokan "The Little England of Malaysia" Ia merupakan satu lagi tempat menarik di Pahang yang ideal bagi mereka yang menginginkan percutian di kawasan yang berhawa dingin. Konsep bangunan-bangunan Inggeris lama di sini pastinya membuatkan para pengunjung terasa seperti kembali ke zaman Inggeris dahulu. Ia juga merupakan lokasi yang popular bagi mereka yang suka bermain golf. 

Image result for bukit fraser
Bukit Fraser

Seterusnya, Tanah Tinggi Cameron Highland.
Tanah Tinggi Cameron boleh dikatakan tempat pelancongan tanah tinggi paling popular di Malaysia kerana mempunyai banyak daya tarikan. Pelbagai pilihan penginapan bajet dan juga eksklusif di sediakan disini. Kebanyakan aktiviti menarik dilakukan disini dan semesetinya Cameron Highland merupakan destinasi berbulan madu yang sangat menjadi pilihan para pelancong.

Tanah Tinggi Cameron Highland


Seterusnya, Hutan Lipur Gunung Senyum.
kepada mereka yang suka menerokai gua-gua adalah sangat dicadangkan untuk singgah di Hutan Lipur Gunung Senyum. Hutan ini terletak kira-kira 40 minit memandu dari bandar Temerloh. Di sekitar gunung ini terdapat 25 buah gua yang boleh di masuki oleh pengunjung. Kemudahan seperti tempat letak kereta, tangga dan trek jalan kaki disediakan bagi memudahkan pengunjung menerokai gua-gua disini.

Pantai dan Pulau Menarik di Pahang

Seperti yang kita ketahui Pahang memiliki pantai yang indah dan boleh kita kunjungi antaranya Pantai Cherating, Pulau Tioman, Pantai Batu Hitam dan banyak lagi. Berikut merupakan antara pantai yang sering menarik perhatian pelancong.


Pantai Teluk Cempedak

Pantai Teluk Chempedak ini merupakan pantai dimana ramai pengunjung boleh bersantai-santai paa waktu petang kerana lokasinya yang berdekatan dengan bandar utama Kuantan. Di sini terdapat beberapa hotel dan juga penginapan bagi mereka yang ingin bermalam di tepi pantai di Kuantan. Pantai ini tidak sesuai untuk melakukan aktiviti mandi manda akan tetapi dibenarkan untuk melakukan aktiviti riadah dan juga bersiar-siar di sekitar pantai sama ada pada waktu petang atau waktu malam.



Pantai Cherating

Pantai Cherating ini merupakan pantai yang sangat terkenal di Pahang. Perjalanan ke sini mengmbil masa selama 30-40 minit dari bandar utama Kuantan dan tidak jauh dari Bandar Chukai Kemaman, Terengganu. Pantai Cherating ini mempunyai kawasan yang sangat lapang dan bersih serta sesuai untuk menjalankan aktiviti bersama ahli keluarga. Terdapat juga pelbagai jenis penginapan bertaraf 3-5bintang disekitarnya.



Pulau Tioman merupakan salah satu daripada pulau yang sangat popular bukan sahaja di Pahang tetapi di serata Malaysia. 


Pulau Tioman

di Pulau Tioman, aktiviti sukan air seperti snorkeling, scuba diving dan jet ski adalah sangat digalakkan. Bagi sesiapa sahaja yang meminati sukan air bolehlah mencuba untuk menimba pengalaman di sini.



Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam merupakan tempat rekreasi pengunjung dan jarak pantai ini dari bandar utama Kuantan hanyalah 7km. Pada setiap hujung minggu, memang ramai warga setempat yang akan datang bersama-sama keluarga mereka untuk mengadakan aktiviti tepi pantai dan juga berkelah serta bermian air laut . Ada juga yang akan berkhemah disini.

Sunday 19 March 2017

Pengenalan Ringkas Negeri Pahang

Seperti yang kita ketahui Pahang merupakan negeri yang terbesar di tanah Melayu. Pahang terbahagi kepada 11 buah daerah iaitu Rompin, Kuantan, Pekan Maran Temerloh , Jerantut, Bentong, Lipis, Raub, Cameron Highlands dan Bera. Pahang adalah negeri yang terletak di bahagian tengah membawa ke timur Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga bersempadan dengan Laut Cina Selatan di timur, negeri Kelantan dan Terengganu di utara, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di barat serta Johor di selatannya.

Peta Tanah Melayu


Pahang juga merupakan satu-satunya negeri yang terbesar kaya dengan gunung tertinggi dan juga sungai terpanjang di bahagian Semenanjung Tanah Melayu. Pahang merupakan negeri yang tertua setelah Patani, iaitu lebih tua dari Melaka. Walaupun negeri Pahang telah lama wujud, namun corak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam di negeri ini wujud setelah terbentuknya Kerajaan Islam di Melaka. Sultan Pahang yang pertama adalah putera kepada Sultan Mansyur Shah, Melaka.

Intro..

Assalamualaiku dan selamat sejahtera kami ucapkan kepada pembaca semua. Blog ini kami bina untuk menambah ilmu pengetahuan para pembaca khususnya rakyat Malaysia dan juga pelancong asing yang belum lagi mengetahui sejarah serta tempat menarik yang terdapat di negeri Pahang. Kumpulan kami terdiri daripada lima orang iaitu saya Aishah, Aleen (ketua kumpulan), Alif, Syaza dan Indhira. Blog ini di bina oleh kami pelajar dari Institud Sains dan Teknologi Darul Takzim atau lebih dikenali sebagai INSTEDT.
Logo INSTEDT

kami ingin mengucapkan terima kasih kepada INSTEDT kerana memberi peluang kepada kami untuk memperluas lagi ilmu kami. semoga blog kami dapat memberikan manfaat kepada anda semua.