Tuesday 21 March 2017

Alat Muzik Tradisional Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur yang terletak di Semenanjung Malaysia merupakan negeri terbesar dari segi keluasannya. Pahang bukan sahaja terkenal dengan kekayaan khazanah ala semula jadinya, malah turut terdapat kepelbagaian adat resam dan budaya. Perkara ini jelas kelihatan menerusi khazanah kesenian tradisional Pahang yang begitu mengasyikkan. Antara jenis persembahan tradisional yang tergolong dalam kumpulan kesenian Pahang adalah seperti Gendang Pahang. Gendang Pahang merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. 

Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan diakhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain. Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam cabang kesenian ini.

Image result for gendang pahang

Image result for gendang pahang
Gendang Pahang

No comments:

Post a Comment