Sunday 19 March 2017

Pengenalan Ringkas Negeri Pahang

Seperti yang kita ketahui Pahang merupakan negeri yang terbesar di tanah Melayu. Pahang terbahagi kepada 11 buah daerah iaitu Rompin, Kuantan, Pekan Maran Temerloh , Jerantut, Bentong, Lipis, Raub, Cameron Highlands dan Bera. Pahang adalah negeri yang terletak di bahagian tengah membawa ke timur Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga bersempadan dengan Laut Cina Selatan di timur, negeri Kelantan dan Terengganu di utara, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di barat serta Johor di selatannya.

Peta Tanah Melayu


Pahang juga merupakan satu-satunya negeri yang terbesar kaya dengan gunung tertinggi dan juga sungai terpanjang di bahagian Semenanjung Tanah Melayu. Pahang merupakan negeri yang tertua setelah Patani, iaitu lebih tua dari Melaka. Walaupun negeri Pahang telah lama wujud, namun corak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam di negeri ini wujud setelah terbentuknya Kerajaan Islam di Melaka. Sultan Pahang yang pertama adalah putera kepada Sultan Mansyur Shah, Melaka.

No comments:

Post a Comment