Tuesday 21 March 2017

Alam Semula Jadi yang Menjadi Tarikan di Pahang

Negeri Pahang merupakan negeri yang kaya dengan alam semula jadi. Lokasi alam semula jadi disini juga terdapat beberapa lokasi alam semula jadi yang sering di kunjungi.

Taman Negara
Taman Negara ini merupakan tempat yang popular bagi mereka yang inginkan aktiviti hutan yang mencabar dan juga suasana hutan yang masih kekal keasliannya. Chalet dan penginapan terdapat di sekitar kawasan ini menawarkan aktiviti menarik seperti jungle treking, rapid shooting, santuari kelah, teroka gua, melawat perkampungan orang asli, canopy walk dan sebagainya. 

Image result for taman negara pahang
Taman Negara

Bukit Fraser
Bukit Fraser ini diberikan nama jolokan "The Little England of Malaysia" Ia merupakan satu lagi tempat menarik di Pahang yang ideal bagi mereka yang menginginkan percutian di kawasan yang berhawa dingin. Konsep bangunan-bangunan Inggeris lama di sini pastinya membuatkan para pengunjung terasa seperti kembali ke zaman Inggeris dahulu. Ia juga merupakan lokasi yang popular bagi mereka yang suka bermain golf. 

Image result for bukit fraser
Bukit Fraser

Seterusnya, Tanah Tinggi Cameron Highland.
Tanah Tinggi Cameron boleh dikatakan tempat pelancongan tanah tinggi paling popular di Malaysia kerana mempunyai banyak daya tarikan. Pelbagai pilihan penginapan bajet dan juga eksklusif di sediakan disini. Kebanyakan aktiviti menarik dilakukan disini dan semesetinya Cameron Highland merupakan destinasi berbulan madu yang sangat menjadi pilihan para pelancong.

Tanah Tinggi Cameron Highland


Seterusnya, Hutan Lipur Gunung Senyum.
kepada mereka yang suka menerokai gua-gua adalah sangat dicadangkan untuk singgah di Hutan Lipur Gunung Senyum. Hutan ini terletak kira-kira 40 minit memandu dari bandar Temerloh. Di sekitar gunung ini terdapat 25 buah gua yang boleh di masuki oleh pengunjung. Kemudahan seperti tempat letak kereta, tangga dan trek jalan kaki disediakan bagi memudahkan pengunjung menerokai gua-gua disini.

No comments:

Post a Comment