Tuesday 21 March 2017

Pantai dan Pulau Menarik di Pahang

Seperti yang kita ketahui Pahang memiliki pantai yang indah dan boleh kita kunjungi antaranya Pantai Cherating, Pulau Tioman, Pantai Batu Hitam dan banyak lagi. Berikut merupakan antara pantai yang sering menarik perhatian pelancong.


Pantai Teluk Cempedak

Pantai Teluk Chempedak ini merupakan pantai dimana ramai pengunjung boleh bersantai-santai paa waktu petang kerana lokasinya yang berdekatan dengan bandar utama Kuantan. Di sini terdapat beberapa hotel dan juga penginapan bagi mereka yang ingin bermalam di tepi pantai di Kuantan. Pantai ini tidak sesuai untuk melakukan aktiviti mandi manda akan tetapi dibenarkan untuk melakukan aktiviti riadah dan juga bersiar-siar di sekitar pantai sama ada pada waktu petang atau waktu malam.



Pantai Cherating

Pantai Cherating ini merupakan pantai yang sangat terkenal di Pahang. Perjalanan ke sini mengmbil masa selama 30-40 minit dari bandar utama Kuantan dan tidak jauh dari Bandar Chukai Kemaman, Terengganu. Pantai Cherating ini mempunyai kawasan yang sangat lapang dan bersih serta sesuai untuk menjalankan aktiviti bersama ahli keluarga. Terdapat juga pelbagai jenis penginapan bertaraf 3-5bintang disekitarnya.



Pulau Tioman merupakan salah satu daripada pulau yang sangat popular bukan sahaja di Pahang tetapi di serata Malaysia. 


Pulau Tioman

di Pulau Tioman, aktiviti sukan air seperti snorkeling, scuba diving dan jet ski adalah sangat digalakkan. Bagi sesiapa sahaja yang meminati sukan air bolehlah mencuba untuk menimba pengalaman di sini.



Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam merupakan tempat rekreasi pengunjung dan jarak pantai ini dari bandar utama Kuantan hanyalah 7km. Pada setiap hujung minggu, memang ramai warga setempat yang akan datang bersama-sama keluarga mereka untuk mengadakan aktiviti tepi pantai dan juga berkelah serta bermian air laut . Ada juga yang akan berkhemah disini.

No comments:

Post a Comment